Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Sabtu, 31 Januari 2009

Kehidupan Adalah Pelabuhan

Malam ini saya sedang membelek majalah sekolah.
Sebuah majalah yang lama tidak dibaca. Majalah Bakti 1991.
Majalah ini mengingatkan saya kepada kehidupan semasa belajar dahulu.
Kepada kawan-kawan yang sama-sama menuntut ilmu semasa tingkatan 4 dan 5.
Kini mereka masing-masing membawa haluan sendiri. Majoritinya telah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Itulah dia kehidupan. Cepatnya masa berlalu. Ianya umpama sebuah pelabuhan. Akhirnya kita tinggalkan pelabuhan tersebut. Kini yang tinggal hanyalah memori.

Saya membelek helaian demi helaian majalah itu. Mengenang semula nostalgia yang telah lama ditinggalkan malah banyak yang telah hilang dari memori. Wajah yang tidak dapat dilupakan tapi nama...banyak yang sukar untuk diingati.

Melihat wajah kawan-kawan seorang demi seorang, oh...betapa cepatnya masa berlalu.
Terasa ingin kembali ke zaman itu. Bersama kawan-kawan berlarian di pantai Telok Chempedak. Makan beramai-ramai di Benteng. Keluar ke Bandar Kuantan beramai-ramai menuju ke kompleks Teruntum ( Masa tu Kompleks Teruntum maju, tak macam sekarang).
Tetapi itu semua tidak mungkin berlaku. Kehidupan masa belajar dan masa remaja adalah kehidupan yang terindah. Jangan sesekali rosakkan kehidupan kita itu hingga kita menyesalinya apabila kita menjadi dewasa kelak. Itulah dia Kehidupan adalah pelabuhan.

Biarlah apa yang berlaku semasa kita bersekolah, menjadi sesuatu yang cukup manis untuk kita kenang dan ceritakan kepada anak cucu kita.

Di bawah ini adalah satu puisi hasil tulisan rakan sekolah semasa menuntut di sekolah Menengah Teknik Kuantan 90-91. Adaptasi dari majalah Bakti 91.
Kisah kehidupan adalah persinggahan dan persediaan untuk menuju ke alam yang abadi.


KEHIDUPAN ADALAH PELABUHAN


Kekalnya kita tidak di pelabuhan ini
Kapal-kapal cuma menunggu peluit berbunyi
Untuk berangkat ke seberang abadi

Kita hanya singgah
dalam mencari bekal pelayaran
Secebis amal dan sekelumit bakti
Pada diri dan seorang kekasih lain
Itulah Cinta satu paling beerti

Sementara menunggu peluit berbunyi
Kita tidak perlu leka berdiri
Menatap sinar pesona di kaki langit kencana
Kerana cahaya ufuk pasti pudar

Biarlah persinggahan di pelabuhan ini
Mencetuskan riak keinsafan
Kerana setelah meninggalkan pelabuhan
Segalanya menunggu untuk diperhitungkan.

Lintasan Idea
Hanida Yusof
5P2
SM Teknik Kuantan 1990-1991


Pemansuhan PPSMI

Hari ini ada seorang pelajar menghantar e-mel dan bertanya mengenai PPSMI.
Adakah wajar ianya dimansuhkan. Pelajar itu terlau berharap ianya dapat dimansuhkan segera. Pening kepala katanya. Belajar dalam Bahasa Melayu pun susah, belajar dalam BI, 5 x ganda susahnya.

Saya membalas balik dengan memberi nasihat supaya tidak memikirkan tentang PPSMI itu. Selagi kerajaan tidak mengumumkan pemansuhan, selagi itu teruskan belajar. Tentang bantahan daripada orang ramai termasuk para cendikiawan, itu urusan mereka dan hak mereka. Biarkan mereka. Tugas kita belajar dan selagi ianya tidak dimansuhkan, PPSMI tetap akan dilaksanakan di sekolah. Oleh itu kita kena teruskan belajar dan para guru akan terus mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Jika ada sebarang rapat umum bantahan PPSMI, jangan sertainya. Percayalah, pihak kementerian pelajaran akan cuba melakukan yang terbaik untuk semua pelajar. Jika ada pengumuman dari kementerian kelak, harap kita dapat menerimanya dengan berlapang dada.

Khamis, 29 Januari 2009

Hormat Menghormati

Dalam menuntut ilmu, sikap hormat menghormati adalah sesuatu yang sangat dituntut.
Kita bukan sahaja wajib hormat kepada ibu-bapa,guru-guru malah kepada rakan-rakan sekolah. Saling hormat-menghormati bermaksud kita bukan sahaja mengharapkan orang lain menghormati kita, tetapi dalam masa yang sama kita perlu menghormati orang lain.
Kita perlu hormat pendapat orang lain walaupun pendapat itu tidak sama dengan kita.

Apabila kita saling hormat-menghormati, kita akan menjadi seronok untuk belajar. Pelajaran mudah masuk ke dalam minda kita. Kita tidak berasa takut apabila berada di sekolah.

Bagaimana caranya untuk mengamalkan budaya ini?

Pertama sekali kita jangan memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain. Begitu juga dengan pendapat mereka. Kita juga perlu mewujudkan kerjasama dengan rakan-rakan bagi membentuk persefahaman. Sikap sopan santun perlu dimantapkan pada diri kita terutama apabila kita berada dalam organisasi seperti di sekolah.
Kita juga perlu sedar, di dunia ini kita hidup dilingkungi dengan peraturan dan undang-undang. Undang-undang buatan manusia dan juga undang-undang Allah. Apabila kita sedar tentang peraturan, maka kita sebenarnya boleh mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah dengan sikap hormat-menghormati menjadi tunjang . Jangan sesekali bersikap emosional apabila berlaku sebarang perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat adalah normal, tetapi bagaimana kita hendak mengawal emosi kita ketika berada dalam situasi tersebut itulah yang lebih penting.

Oleh itu, amalkan budaya hormat-menghormati supaya hidup kita lebih ceria, gembira, seronok, mudah mempelajari ilmu, tidak ada musuh dan yang paling penting hidup kita dirahmati Allah.

Rabu, 28 Januari 2009

Server Streamyx Down

Setelah beberapa hari streamyx ada masalah, hari ini dah ok. Pihak TM dah selesaikannya. Makan masa dua hari juga tu. Bolehlah menulis semula nanti.

Rabu, 21 Januari 2009

Pesan Abang





Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian
Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil periksa
Agar senang masa depan
Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada yang Esa
Bila adik telah berjaya
Abang kan turut gembira
tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa
sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di hati sematkan pesanan
Ingat abang tetap sayang



Pesan Abang - Sudirman

Bergaduh

Bergaduh...satu perkataan yang biasa kita dengar hampir setiap hari di sekolah.
Bila berlaku pergaduhan ianya menjadi topik hangat yang akan dibincangkan samaada di kedai kopi, akhbar, forum radio dan TV malah diperbincangkan juga dalam forum di internet.

Bagi peringkat sekolah rendah, biasanya pergaduhan ini tidak berpanjangan. Ianya mudah diselesaikan oleh guru tanpa perlu campur tangan ibu-bapa. Ini yang penting. Ibu bapa jangan sesekali campur tangan jika anak-anak bergaduh. Ini kerana kalau disebabkan anak, kedua ibu bapa bergaduh, ianya kan menjadi pergaduhan yang berpanjangan. Anak -anak di sekolah mungkin sudah berbaik, tetapi ibu bapa masih meneruskan pergaduhan tersebut. Maksudnya, anak-anak dah ok, ibu bapa pula yang lebih-lebih pula bergaduh. Anak pun confius.

Apa perlu dilakukan jika anak anda sering diganggu di sekolah, atau kena ejek yang mana ianya akan mendatangkan pergaduhan. Beritahu anak anda supaya melaporkan kepada guru kelas.
Semua guru adalah guru disiplin. Konsep itu terpakai di seluruh sekolah di Malaysia. Justeru, jika anak anda membuat laporan kepada cikgu, pihak cikgu akan cuba menyelesaikan perkara itu dengan sebaik mungkin tanpa perlu melibatkan kedua-dua ibubapa. Jika ibu bapa campur tangan, ianya akan menyusahkan pihak sekolah kerana masing-masing akan mengatakan anak mereka yang benar. Serahkanlah kepada pihak sekolah. Mereka tahu apa yang perlu dibuat.
Insyaallah, ianya akan selesai dengan baik tanpa ada perselisihan faham di kalangan ibu bapa.
Ibarat menarik benang dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak.
Itulah yang akan dilakukan oleh cikgu di sekolah anak anda.
Yang penting anda kena bersabar....

Sabtu, 17 Januari 2009

Anugerah dari Kegagalan

Ramai antara pelajar yang takut gagal. Tidak berani mencuba. Selesa dengan berada di takuk lama. Enggan keluar dari zon selesa. Ini sebenarnya adalah satu kelemahan yang patut diatasi.
Percayalah konsep anugerah dari kegagalan. Ianya bukan sekadar tajuk lagu. Ianya memberi pengertian bahawa terdapat kejayaan selepas kegagalan. Itulah maksud anugerahnya.

Kalau kita baca buku Billy Lim yang bertajuk berani gagal..kita akan tahu betapa pentingnya kegagalan untuk kejayaan. Berapa ramai manusia di dunia ini diuji dengan kegagalan sebelum datang kejayaan. Ittulah peri pentingnya. Berani Gagal.

Jika di sekolah, kita mesti berani. Bukan berani bergaduh. Tetapi berani belajar. Kalau anda tidak suka Mathematics, lawan perasaan itu. Anda mesti melawan. Kuatkan semangat. kalau gagal ujian pertama..usaha lagi, gagal lagi..usaha lebih kuat lagi...
di depan anda ada kejayaan. Itulah dia anugerah dari kegagalan.

Kurangnya nikmat belajar jika tidak ada kegagalan. Sebagai contoh, anda belajar, tak pernah gagal. Maka anda sudah berasa selesa. Anda pun berkata " Aku kalau tidak belajar pun takpe, tak gagal punya" . Itulah kata-kata orang yang tidak pernah merasa nikmat gagal.

Berbanding dengan orang yang kerap gagal, bangun, jatuh, bangun, gagal lagi, bangun dan akhirnya berjaya...liku-liku kegagalan itu adalah satu nikmat yang akan dikenang sepanjang hayatnya.

Oleh itu, wahai pelajar..jika anda gagal UPSR, usaha lagi, Insyaallah anda akan berjaya dalam PMR, tapi PMR gagal juga. Itu bukan bermakna kehidupan anda berakhir. Teruskan Usaha anda, berdoa dan bertawakkal. Insyaallah...anda akan cemerlang SPM.

Itulah dia anugerah dari kegagalan.

Penulis Blog

Oleh kerana terdapat kekangan masa untuk saya kerap menulis blog ini, maka saya ingin menawarkan tugas sukarela kepada sesiapa yang memenuhi syarat berikut sebagai penulis blog tintacikgu.
Hanya 5 orang sahaja.


TUTUP ( Permohonan ditutup pada 21.01.2009) Terima Kasih.

Syarat-syarat:

1. Beragama Islam
2. Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. (Guru)
3. Boleh meluangkan sedikit masa emas anda untuk membuat catatan
4. Seorang yang jujur dan amanah- tidak menulis perkara-perkara yang tidak sesuai dengan pelajar-pelajar seperti politik kepartian dan sebagainya.
5. Mempunyai idea sendiri dalam penulisan.
6. Mempunyai sedikit pengetahuan dalam penggunaan blog.
7. Sedia memberi maklumat peribadi seperti nama, alamat, tempat bertugas dan sejarah pendidikan serta sekeping gambar ukuran passport (boleh emel).
8. Tugas anda adalah membuat catatan, motivasi, memberi semangat, nasihat kepada pelajar tanpa mengubah widget yang terdapat dalam blog ini.
9. Melakukan tugas secara sukarela dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan kerana Allah Taala.

5 orang sahaja..tanpa mengira bangsa, jantina, tetapi mestilah beragama Islam.

Sekian Terima Kasih.

Rabu, 14 Januari 2009

Cukuplah Sampai Di Sini

Dulu, bila belajar kita malas.
Kalau pegang buku, mulalah mengantuk.
Mata hendak terpejam. Kita tahu peperiksaan penting yang akan kita hadapi tahun ini.
Tetapi perasaan malas itu sentiasa mengganggu diri kita.
Oleh itu...
Cukuplah sampai di sini.
Buangkan perasaan malas itu. Ubah cara belajar. Belajar cara untuk belajar dengan baik.
Cukuplah. Biarlah yang lepas itu lepas. Setakat ini saja. Cukuplah sampai di sini.

Kalau dahulu kita suka melepak... cukuplah sampai di sini. Tak mahu lepak lagi.

Kalau dulu kita suka menonton TV hingga larut malam. Cukuplah sampai di sini.

Kalau dulu kita suka tidur berjam-jam. Buku jarang sentuh . Cukuplah sampai di sini.

Kalau dulu kita suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Cukuplah sampai di sini.

Buangkan saja perkara negatif. Ubah kehidupan anda. Berhijrahlah dari yang tidak baik kepada yang baik.

Tanamkan azam baru sempena tahun baru Hijrah dan Masihi ini.
Lupakan kegagalan lalu. Lupakan kekecewaan lalu.

Cukuplah Sampai Di Sini.

Selasa, 13 Januari 2009

Ayah Dan Ibu

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia mempunyai ayah dan ibu. ( Kecuali Rasul yang tertentu)
Tanpa ayah dan ibu siapalah kita. Sebab itu ayah dan ibu wajib dihormati dan tidak boleh di sanggah walaupun dengan perkataan ahh!!!. Itu menunjukkan betapa mulianya ayah dan ibu.
Kita kena sentiasa ingat dari mana kita datang. Dari mana...

Ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami.

Lirik lagu sudirman tu. Dalam maknanya. Dengan adanya ayah dan ibu, maka lahirlah kita di dunia ini dengan izin Allah. Itulah detik permulaan kita sejak dari dalam rahim hinggalah kita dilahirkan di dunia ini.

Apakah yang boleh kita buat setelah lahir dari perut ibu

Dapat melihat bulan dan matahari......

Kita dapat melihat keindahan alam ini. Kita dapat merasa nikmat yang paling besar sekali pemberian Allah iaitu nikmat hidup.

Ayah dan ibu, ayah dan ibulah mesti dihormati.

Hormatlah ayah ibu. Patuhlah perintah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.
Kehidupan mereka sudah tidak lama. Bila mereka tiada nanti, tidak adalah orang yang begitu sayang kepada kita, tempat kita bermanja. Hilanglah mereka dan tidak akan kembali lagi.
Oleh itu pelajar-pelajar sekelian
Kenangkanlah...
Sakit ibu sepanjang mengandung dan ketika melahirkan kita tidak terperi. Walaupun sakit, mereka tetap tidak sabar untuk melihat kita lahir ke dunia. Gembiranya mereka. Membesarkan kita serta menyediakan keperluan kita, menyayangi kita dan sentiasa bersama kita.
Itulah ayah ibu...

Yang dikurnia dari Ilahi

Mereka dikurnia dari Ilahi. Ada pelajar yang tidak sempat melihat wajah ayah selepas lahir. Ada orang yang kematian ibunya semasa melahirkannya. Malang nasib mereka.
Tetapi yang ada ayah dan ibu, semasa mereka masih ada..berilah hormat yang sewajarnya kepada mereka. Mohonlah restu mereka, jadilah anak yang soleh dan solehah.

Bila mata mereka terpejam nanti, pasti bibir mereka melemparkan senyuman kerana berjaya melahirkan anak yang soleh, taat, serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Oh ayah dan ibu.......

Khamis, 8 Januari 2009

Adab-adab menuntut ilmu

sumber :episodcinta.blogspot.com

1 - IKHLAS NIAT -

Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu adalah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan bukan seperti lalangyang tinggi semakin mendongak ke langit menyombong diri . Ingatlah bahawa org yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri . Setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,setiap orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal dan setiap orang yang beraamal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas .

2 - TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -

Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tidak kira dalam apa jua keadaan atau masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku kecil yang ringan atau mendengar kaset-kaset ceramah agama . Perkara tersebut dapat melembutkan hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ditakuti akan menjadi keras hatinya .Selain itu, kita juga hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran itu di rumah terutamanya . Dihiasi dengan budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan semata. Di samping itu, kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita . Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya isitu berusaha,tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan menyerahkan keputusannya kepada Allah sepenuh hati .

3 - MENJAUHI MAKSIAT -

Imam syafi'ie pernah berkata : 'ilmu itu adalah cahaya Allah dan cahaya Allah tidak menerangi ( memberi petunjuk ) kepada orang yang membnuat maksiat . Sebagai seorang thalibul 'ilm, kita mestilah menghidupkan budaya amar ma'ruf nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita.Jangan ambil ringan dan mudah terhadap maksiat yang kecil kerana ia akan menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar .Sesungguhnya dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa yang besar .

4 - MEMILIH TEMAN YANG SOLEH -

Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sa0a lain di dalam rumah kita sendiri samaada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau perbincangan yang tidak rasmi setiap hari . Luqman al-hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

5 - BANYAKKAN ZIKRULLAH -

Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana 'ulama sufi begitu menitikberatkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabah diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma'thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala yang telah diperintahkan leh Rabbl 'izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat . Bacalah al-qur'an sekurang2nya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat . Hidupkan amalan - amalan sunnat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluknya.


6. Menjaga kehormatan
7. Doa dan keredhaan ibu-bapa
8. Menghormati
9. Beramal dengan ilmu yang diperolehi


sumber :episodcinta.blogspot.com

Rabu, 7 Januari 2009

Dadah Cegah Sebelum Kena







Selalu kita dengar perkataan:
Jauhi Najis dadah.
Dadah cegah Sebelum Parah
Dadah cegah Sebelum Kena
Belia benci dadah
dan pelbagai ungkapan-ungkapan yang menunjukkan kebencian kita pada dadah.
Dadah sememangnya merosakkan.
Bukan sahaja tubuh badan, tetapi juga akal fikiran kita. Dalam Islam, perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri adalah HARAM.
Sesiapa sahaja yang mengambil dadah, segala pertimbangan akal dan iman tidak lagi berfungsi.
NAFSUlah yang menguasai dirinya.
dia tidak kenal lagi keluarga, sahabat handai, Halal atau haram, bersih atau kotor,
malah kalau tidur di tepi longkang sekalipun tidak mengapa.
sanggupkah kita hidup seperti bangkai bernyawa.

Ungkapan Dadah Cegah Sebelum Parah tidak boleh digunakan lagi.
Kenapa cikgu berkata begitu. Sebab dadah kalau sudah kena, walaupun tidak parah, ia tetap merosakkan, membahayakan dan susah nak diubati. Oleh itu jangan cuba walaupun sekali.
Maka ungkapan yang paling sesuai ialah.

Dadah, Cegah Sebelum Kena.

Jangan ambil dadah, walaupun sekali . Kalau dah kena alamatnya jadilah kita
bangkai bernyawa. Biawak hidup dan apa sahaja gelaran yang sememangnya layak untuk penagih dadah. Menangislah semua ahli keluarga kita, kecewa mereka atas sebab perbuatan kita.
Fikirkanlah.
Oleh itu marilah kita jauhi dari dadah. Janganlah kamu menghampiri dadah.

Dadah Cegah Sebelum Kena




Selasa, 6 Januari 2009

Jangan Tunggu Lama-Lama

Jangan Tunggu Lama-Lama

Buku sudah di tangan. Pen dan pensel sudah bersedia untuk menulis. Apa lagi yang ditunggu.
Teruskan usaha dalam menuntut ilmu. Jangan tunggu lama-lama.

Jangan Tunggu Lama - lama
Cikgu sudah ada. Cikgu dah bersedia.
Murid pun patut sudah bersedia untuk belajar.
Apa lagi, berikan tumpuan semasa belajar.

Jangan tunggu lama-lama.

Lupakanlah perkara-perkara yang tidak penting.
Bermain boleh..tetapi belajar lebih penting.
Jangan tunggu masa dah suntuk baru nak belajar.
Jangan sampai esok hendak periksa, hari ini baru buka buku.
Kenapa tunggu begitu lama.
Kenapa tidak dari dulu.
Yang rugi siapa?
oleh itu.
Jangan Tunggu Lama-lama.

Isnin, 5 Januari 2009

Kalam Damai

Hari ini dengar radio pahangfm. Terus terang cikgu katakan, bahawa cikgu suka rancangan kalam damai ini. Ini adalah disebabkan topik yang dikupas oleh Ustaz Ahmad Shah secara santai. Ia sangat berbeza dengan rancangan agama yang lain. Perbualan secara santai ini mengupas isu-isu tertentu. Walaupun tajuk hanya satu patah perkataan sahaja tetapi ianya dapat dikupas secara mendalam oleh ustaz. Kadang-kadang kupasan itu menyentuh perasaan mencuit sanubari.

Topik hari ini ialah "Tanah".
Simple sahaja tajuknya. Tapi ianya bukan dikupas setakat tanah air kita, tanah kubur, tanah pusaka tetapi ianya juga melewati ke negara Palestine yang kini diceroboh oleh Israel.
Secara tidak langsung ianya memberi isyarat bahawa betapa beruntungnya kita berada di tanah air sendiri yang aman damai.

Oleh itu, cikgu nak mengesyorkan kepada semua pelajar seluruh pahang khasnya, dengarlah radio pahang fm setiap hari Isnin..6 petang.
Pelajar juga boleh melawat blog ustaz http://kalamdamai.blogspot.com

Pasti banyak ilmu pengetahuan yang akan pelajar dapat. Ilmu tidak semestinya dapat di sekolah sahaja. Di mana-mana sahaja kita boleh mendapat ilmu termasuk mendengar radio.

Semoga siaran dan blog kalam damai memberi makna yang besar serta kesedaran kepada kita semua.

Bagaimana hari pertama persekolahan?

Hari pertama persekolahan adalah yang dinantikan.
Murid Pra Sekolah tidak sabar untuk ke sekolah. Begitu juga murid tahun 1 dan tingkatan 1.
Bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti UPSR, PMR dan SPM pasti telah menanamkan keazaman yang tinggi.

Pasti ada cikgu yang telah bertukar dan ada juga cikgu baru. Itu merupakan perkara biasa.
Kalau dapat cikgu baru memang seronok. Walau bagaimanapun, kita pasti berasa sedih jika ada cikgu yang kita sayang bertukar.

Tapi apa pun, jangan layan sangat perasaan itu. Hidup dan belajar perlu diteruskan. Semangat perlu dipertingkatkan. Kerajinan dan azam perlu disemarakkan. Doa jangan dilupakan. Kejayaan akan pasti di hadapan.

Selamat belajar.

Ahad, 4 Januari 2009

Seroja

Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja
Puja lah ia sekadar oh sekadar saja
Mengapa kau bermenung oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung oh adik berhati binggung
Janganlah engkau percaya dengan asmara...
Janganlah engkau percaya dengan asmara...
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Marilah bersama oh adik memetik bunga
Marilah bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja
Puja lah ia sekadar oh sekadar saja

Cuba fikirkan ayat/lirik yang dihighlightkan (warna biru)
Apakah maksudnya?

Sabtu, 3 Januari 2009

Esok Hari Terakhir Cuti

Apa kata, hari esok kita mula cek peralatan sekolah.
Pen, pensel, pemadam, pembaris dan sebagainya.
Kasut sekolah, stoking, baju, seluar...semua dah ready ke belum.
Mungkin semuanya baru.
Baru atau lama tidak jadi hal.
Yang penting bersih.
Apabila pakaian bersih, kita akan selesa untuk belajar.
Malam pula kenalah tidur awal.

Buat Apa pagi ini?


Pelajar-pelajar sekelian,

Malam tadi pukul berapa tidur?
Pukul berapa bangun?
Buat apa pagi ini?
Apa aktiviti hari ini?

Ini semua soalan yang penting sebagai seorang pelajar.
Mungkin pagi tadi hujan. Maka pelajar-pelajar sambung tidur selepas subuh.
Ini tidak bagus. Sebagai pelajar, elakkan tidur selepas subuh. Apatah lagi penggal persekolahan hendak dibuka. Nanti, bila hari sekolah kita akan berasa mengantuk sebab dah biasa tidur masa cuti. Esok tinggal sehari lagi sebelum sekolah dibuka di negeri tertentu. Cuba bangun awal. Jangan tidur. Lawan perasaan hendak tidur. Sebab itulah, bila malam jangan tidur lewat.
Jangan menonton Tv sampai larut malam. Kesannya bila? Pagi esok, badan kita berasa penat dan mengantuk. Justeru, tidurlah awal.

Sekalung tahniah kepada Ain Shahira bt Shukran, pelajar Sekolah Integrasi Pekan kerana memperolehi 9A dalam keputusan PMR yang diumumkan baru-baru ini.
Juga kepada semua pelajar yang berjaya. Yang kurang berjaya, masih banyak peluang untuk berjaya pada masa depan. Yang penting usaha dan kesungguhan anda.
Teruskan usaha.



Jumaat, 2 Januari 2009

Penggal Persekolahan Hampir Tiba

Penggal persekolahan hampir tiba. 5 Januari 2009 lagi beberapa hari sahaja lagi.
Sudahkah para pelajar membuat persiapan.
Terdapat 2 jenis persiapan
a) Persiapan fizikal- meliputi pakaian sekolah serta kelengkapan peralatan sekolah
b) Persiapan mental - Bersediakah untuk menghadapi segala cabaran. Atau masih lagi
fikiran kita bercuti.

Jika ini tahun peperiksaan, perkemaskan jiwa dan raga anda. Belajar dengan tekun.
Bila nak mula belajar.
Sekarang/ hari ini. Jangan mula esok. Masa semangat berkobar-kobarlah patut dimulakan.
Kalau pihak sekolah sudah bagi buku teks, mulakan pembacaan/study.
Nanti bila buka sekolah, kita dah ada sedikit pengetahuan sedia ada. Bila cikgu mengajar, kita dah ready dengan sekurang-kurangnya 20% pengetahuan sedia ada.
Macamnilah baru nama belajar.

Nasihat Lukmanul Hakim

Sumber Imej : http://i115.photobucket.com/albums/n304/wahbah_2006/mutiara_kata2.jpg

Pelancaran Blog Tinta Cikgu

Alhamdulillah, Selamat tahun baru Hijrah dan selamat tahun baru Masihi.
Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita manusia yang hebat.
Kalau tidak cukup hebat pada tahun 2008, hebatkan diri kita pada tahun 2009.
Kalau 2009 pelajaran kita agak lemah, perkuatkan diri kita agar kita akan berjaya dalam menuntut ilmu. Mohon kepada Allah agar dikuatkankan semangat kita, dibuka pintu hati kita dan diberi kekuatan yang hebat dalam melaksanakan misi kita sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang hamba Allah.
Hari ini dilancarkan blog tinta cikgu.
Luahan Dari Hati Suci seorang cikgu.
Semoga dengan adanya blog ini akan membantu pelajar dalam memotivasikan diri
sepanjang anda menempuhi liku-liku kehidupan.

Blog ini masih dalam peringkat pembinaan. Saya akan perkemaskan dari hari ke hari.
Semoga anda mendapat manafaat dari blog ini.

Terima kasih