Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Isnin, 5 Januari 2009

Kalam Damai

Hari ini dengar radio pahangfm. Terus terang cikgu katakan, bahawa cikgu suka rancangan kalam damai ini. Ini adalah disebabkan topik yang dikupas oleh Ustaz Ahmad Shah secara santai. Ia sangat berbeza dengan rancangan agama yang lain. Perbualan secara santai ini mengupas isu-isu tertentu. Walaupun tajuk hanya satu patah perkataan sahaja tetapi ianya dapat dikupas secara mendalam oleh ustaz. Kadang-kadang kupasan itu menyentuh perasaan mencuit sanubari.

Topik hari ini ialah "Tanah".
Simple sahaja tajuknya. Tapi ianya bukan dikupas setakat tanah air kita, tanah kubur, tanah pusaka tetapi ianya juga melewati ke negara Palestine yang kini diceroboh oleh Israel.
Secara tidak langsung ianya memberi isyarat bahawa betapa beruntungnya kita berada di tanah air sendiri yang aman damai.

Oleh itu, cikgu nak mengesyorkan kepada semua pelajar seluruh pahang khasnya, dengarlah radio pahang fm setiap hari Isnin..6 petang.
Pelajar juga boleh melawat blog ustaz http://kalamdamai.blogspot.com

Pasti banyak ilmu pengetahuan yang akan pelajar dapat. Ilmu tidak semestinya dapat di sekolah sahaja. Di mana-mana sahaja kita boleh mendapat ilmu termasuk mendengar radio.

Semoga siaran dan blog kalam damai memberi makna yang besar serta kesedaran kepada kita semua.