Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Rabu, 14 Januari 2009

Cukuplah Sampai Di Sini

Dulu, bila belajar kita malas.
Kalau pegang buku, mulalah mengantuk.
Mata hendak terpejam. Kita tahu peperiksaan penting yang akan kita hadapi tahun ini.
Tetapi perasaan malas itu sentiasa mengganggu diri kita.
Oleh itu...
Cukuplah sampai di sini.
Buangkan perasaan malas itu. Ubah cara belajar. Belajar cara untuk belajar dengan baik.
Cukuplah. Biarlah yang lepas itu lepas. Setakat ini saja. Cukuplah sampai di sini.

Kalau dahulu kita suka melepak... cukuplah sampai di sini. Tak mahu lepak lagi.

Kalau dulu kita suka menonton TV hingga larut malam. Cukuplah sampai di sini.

Kalau dulu kita suka tidur berjam-jam. Buku jarang sentuh . Cukuplah sampai di sini.

Kalau dulu kita suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Cukuplah sampai di sini.

Buangkan saja perkara negatif. Ubah kehidupan anda. Berhijrahlah dari yang tidak baik kepada yang baik.

Tanamkan azam baru sempena tahun baru Hijrah dan Masihi ini.
Lupakan kegagalan lalu. Lupakan kekecewaan lalu.

Cukuplah Sampai Di Sini.