Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Rabu, 21 Januari 2009

Bergaduh

Bergaduh...satu perkataan yang biasa kita dengar hampir setiap hari di sekolah.
Bila berlaku pergaduhan ianya menjadi topik hangat yang akan dibincangkan samaada di kedai kopi, akhbar, forum radio dan TV malah diperbincangkan juga dalam forum di internet.

Bagi peringkat sekolah rendah, biasanya pergaduhan ini tidak berpanjangan. Ianya mudah diselesaikan oleh guru tanpa perlu campur tangan ibu-bapa. Ini yang penting. Ibu bapa jangan sesekali campur tangan jika anak-anak bergaduh. Ini kerana kalau disebabkan anak, kedua ibu bapa bergaduh, ianya kan menjadi pergaduhan yang berpanjangan. Anak -anak di sekolah mungkin sudah berbaik, tetapi ibu bapa masih meneruskan pergaduhan tersebut. Maksudnya, anak-anak dah ok, ibu bapa pula yang lebih-lebih pula bergaduh. Anak pun confius.

Apa perlu dilakukan jika anak anda sering diganggu di sekolah, atau kena ejek yang mana ianya akan mendatangkan pergaduhan. Beritahu anak anda supaya melaporkan kepada guru kelas.
Semua guru adalah guru disiplin. Konsep itu terpakai di seluruh sekolah di Malaysia. Justeru, jika anak anda membuat laporan kepada cikgu, pihak cikgu akan cuba menyelesaikan perkara itu dengan sebaik mungkin tanpa perlu melibatkan kedua-dua ibubapa. Jika ibu bapa campur tangan, ianya akan menyusahkan pihak sekolah kerana masing-masing akan mengatakan anak mereka yang benar. Serahkanlah kepada pihak sekolah. Mereka tahu apa yang perlu dibuat.
Insyaallah, ianya akan selesai dengan baik tanpa ada perselisihan faham di kalangan ibu bapa.
Ibarat menarik benang dalam tepung, benang tidak putus, tepung tidak berselerak.
Itulah yang akan dilakukan oleh cikgu di sekolah anak anda.
Yang penting anda kena bersabar....