Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Rabu, 18 Februari 2009

Nilai-Nilai Murni

Nilai-nilai murni adalah unsur yang sangat penting di sekolah.
Selain dalam matappelajaran Agama Islam dan Pendidikan Moral ianya juga diserapkan dalam setiap mata-pelajaran yang diajar di sekolah. Biasanya juga, nilai-nilai ini juga diperincikan semasa perhimpunan mingguan sekolah.

Nilai-nilai murni adalah selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.
Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusian dan kewarganegaraan.

Antara nilai-nilai itu ialah:

Baik hati
Berdikari
Berhemah tinggi
Bekerja-sama
Bersyukur
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kesederhanaan
Rasional
Semangat Kemasyarakatan

Isnin, 16 Februari 2009

Lagu Guru Malaysia

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita Panduan
Hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami


-

Selasa, 10 Februari 2009

Ustaz Adaham Che Kob

Satu berita yang baru diterima.
Ustaz Adaham Che Kob diberita telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi lebih kurang pukul 8 malam. Al- Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal Solih. Amiin.
Ustaz Adaham seorang penceramah yang mana suaranya sering ke udara di corong-corong radio terutamanya Pahang FM.
Berita pemergian Allayarham dicatatkan oleh Sham dalam laman blog kalam damai.

Doakan kebaikan orang lain

Hari ini saya menerima satu SMS yang mana ianya menyuruh ianya disebarkan kepada orang lain. Tetapi SMS ini sangat tidak baik kata-katanya.
Secara ringkasnya ianya menyuruh kita mendoakan ke atas dua orang lelaki yang mana ianya dikatakan sebagai pengkhianat . Kedua lelaki itu adalah beragama Islam dan merupakan ahli politik.

Justeru saya ingin memberi respon ke atas SMS itu daripada segi agama dan bukannya politik. Ini kerana blog ini bukan blog politik. Tetapi oleh kerana SMs itu sampai kepada saya, maka saya ingin memberi pendapat.

Ketika peristiwa kota Taif, Rasulullah dan sahabat dibaling dengan batu. Dikatakan Rasululah mengalami luka-luka. Malaikat segera berjumpa Rasul dan berkata sekiranya Rasulullah, menyuruhnya memusnahkan penduduk Taif, malaikat akan lakukan. Tetapi Rasulullah tidak berdoa seperti itu walaupun penduduk Taif menolak Islam dan menghina baginda. Apa yang baginda buat ialah mendoakan agar penduduk Taif dibuka hatinya menerima ajaran Islam.

Itu adalah satu contoh, Rasulullah tidak pernah mendoakan kemusnahan orang lain walaupun ianya bukan beragama Islam. Walaupun orang itu menyakiti baginda. Kerana baginda tahu, mungkin mereka jahat pada hari ini, pada masa depan mungkin mereka atau keturunan mereka akan menjadi seorang yang taat pada perintah Allah.

Begitu juga dengan SMS yang saya terima.

Jadi jika sesiapa yang menerima SMS tersebut, jangan doakan supaya orang itu menerima bencana atau bala atau kemusnahan. Itu sangat-sangat tidak baik, Tetapi berdoalah untuk kebaikan orang itu. Jika mereka bersalah pada pandangan anda, berdoalah supaya mereka bertaubat dengan keinsafan.

Kita tidak tahu pada masa akan datang. Mungkin orang itu lebih baik daripada kita , siapa tahu.