Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Selasa, 10 Februari 2009

Doakan kebaikan orang lain

Hari ini saya menerima satu SMS yang mana ianya menyuruh ianya disebarkan kepada orang lain. Tetapi SMS ini sangat tidak baik kata-katanya.
Secara ringkasnya ianya menyuruh kita mendoakan ke atas dua orang lelaki yang mana ianya dikatakan sebagai pengkhianat . Kedua lelaki itu adalah beragama Islam dan merupakan ahli politik.

Justeru saya ingin memberi respon ke atas SMS itu daripada segi agama dan bukannya politik. Ini kerana blog ini bukan blog politik. Tetapi oleh kerana SMs itu sampai kepada saya, maka saya ingin memberi pendapat.

Ketika peristiwa kota Taif, Rasulullah dan sahabat dibaling dengan batu. Dikatakan Rasululah mengalami luka-luka. Malaikat segera berjumpa Rasul dan berkata sekiranya Rasulullah, menyuruhnya memusnahkan penduduk Taif, malaikat akan lakukan. Tetapi Rasulullah tidak berdoa seperti itu walaupun penduduk Taif menolak Islam dan menghina baginda. Apa yang baginda buat ialah mendoakan agar penduduk Taif dibuka hatinya menerima ajaran Islam.

Itu adalah satu contoh, Rasulullah tidak pernah mendoakan kemusnahan orang lain walaupun ianya bukan beragama Islam. Walaupun orang itu menyakiti baginda. Kerana baginda tahu, mungkin mereka jahat pada hari ini, pada masa depan mungkin mereka atau keturunan mereka akan menjadi seorang yang taat pada perintah Allah.

Begitu juga dengan SMS yang saya terima.

Jadi jika sesiapa yang menerima SMS tersebut, jangan doakan supaya orang itu menerima bencana atau bala atau kemusnahan. Itu sangat-sangat tidak baik, Tetapi berdoalah untuk kebaikan orang itu. Jika mereka bersalah pada pandangan anda, berdoalah supaya mereka bertaubat dengan keinsafan.

Kita tidak tahu pada masa akan datang. Mungkin orang itu lebih baik daripada kita , siapa tahu.