Waktu Solat

Jika anda belajar biasa-biasa, maka hasilnya biasa-biasa juga, jika anda belajar luar biasa, maka hasilnya luar biasa

Isnin, 30 Mac 2009

Resepi Senandung Kejayaan

Bahan - bahan:

Buku secukup rasa (ikut selera)

Sebuah Ketekunan (diparut)

Segunung kerajinan

4 hiris keinsafan (dimayang)

5 keping kasih sayang

Beberapa potong nasihat

Beberapa pohon doa

Sedikit dendam dan cemburu (ditumbuk lumat)

Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)

Segenggam harapan

1/4 cawan air mata

Semangkuk azam

Sekuntum senyuman (untuk hiasan)


Cara Memasak:

Buku dipotong empat. Gaulkan buku dengan azam. Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha.
Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama.
Pijarkan air mata. Tumiskan keinsafan sehingga menimbulkan bau kesedaran.
Malas, dendam dan cemburu dicincang halus.

Kacau masakan anda dengan pemikiran yang baik dan sempurna. Masukkan buku dan campurkan dengan usaha dan kemudian didihkan. Apabila menggelegak masukkan doa dan
tutuplah ia dengan keimanan.

Apabila masak rasalah nikmatnya. Hidangkan dengan penuh kebanggaan.
Taburkan di atasnya dengan kesyukuran dan hiasilah dengan sekuntum senyuman..

Hidangkan kepada ibu-bapa dan keluarga serta teman-teman.